IGG sokmo

Dam ular dipertandingkan

IGG sokmo @ islamic genius group adalah suatu bentuk aktivit kepada adik-adik usrah Kelab Rakan Muda Masjid PJB.Penyertaan pada kali ini bagi muslimin cukup memberansangkan seramai 16 orang.

Program ini telah dikelolakan oleh ketua Naqib (saudara Mirzan) dan sahabat-sahabat yang lain antaranya Faizal,Helmy dan Dinie.Aktiviti yang telah dirancang untuk IGG kali ini ialah permainan zaman kanak-kanak untuk memberikan igatan semula tentang permainan berkenaan.Antara permainan yang dijalankan ialah
  • Dam Ular
  • Guli
  • Ceper
  • Baling Selipar
  • Belon Acah

Sebelum memulakan permainan peserta diberikan sarapan pagi dan taklimat ringkas tentang perjalanan program.IGG pada kali ini telah menampakkan bakat peserta yang terpendam selama ini sekaligus menyumbang kepada kemenangan berkumpulan.Tetapi harus diingat bukan kemenangan dan kehebatan menjadi matlamat program ini tetapi ukhwah dan kerjasama daripada semua menjadi sandaran samaada program ini berjaya atau tidak dan semua itu jawapannya ada di tangan peserta.



Peserta diberikan taklimat


0 comments: