Sirah Pemutuskata

Dulunya aku insan daif ilmu,
Merantau tanpa hala tuju,
Untuk merasainya nikmat berjemaah,
Namun aku gagal,
Aku terperangkap dalam penjara kepapaan ilmu,
Dan aku terus melalui hari yang punah……

Saatku tersedar dari alpa,
Mengerahkan tenaga mengenggam bekalanku,
Yang bertahun lalu,
Ku pelajari,
Walaupun sedikit,
Agar ia tidak hilang sewenangnya,
Untuk bisa membantu aku
melangkah ke dunia baru,
Yang aku pasti perjuangannya…..

Alhamdulillah syukur,
Perjuangannya…….
Menghampiri perjuangan Rasulku,
Walaupun cabarannya,
Umpama berjalan atas kerikil tajam,
Namun aku berminat akan balasan dariNya.
Takbir......

Fitnah bersulamkan rasional yang kuat,
Hujah digandingkan dengan rekaan cerita,
Yang menarik,
Seakan-akan ia seperti sebuah novel,
Tersusun rapi,
Karangan pemimpin terkini.
Jelas menunjukkan……
Jelas menunjukkan……
Untuk menaikkan nama….
Walau dengan pelbagai cara….

Perjuanganku untuk menyedarkannya,
Memberhentikan karangan terbarunya,
Meletakkan Al-quran sebagai perlembagaan,
Begitu juga As-sunnah,
Mendaulahkan islam sebagai utama…….

0 comments: