18 Mei 2009
0
Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku dan segala yang nyata daripadaku,
maka terimalah keuzuranku.
Dan Engkau mengetahui hajatku,
maka berilah segala maksudku dan
Engkau mengetahui segala isi hatiku
sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu,
maka ampunilah segala dosaku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib,
Maha Pengampun segala dosa,
Maha Penutup segala ke'aiban.
Ya Allah!
Aku bermohon keimanan yang berterusan
bercampur sebati di dalam hatiku,
dan aku bermohon keyakinan yang sebenar-benarnya
sehingga mengetahui benar bahawa tidak ada sesuatu yang menimpa diriku
melainkan apa yang telah Engkau tuliskan atasku.
Maka redhakanlah aku dengan apa yang telah Engkau bahagikan untukku.
Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Amin!
Labels: Doa Pilihan
Mouse Tersepit (KaHKaHKaH)
Seorang pelanggang telah menelefon HP Support Customer (HPSC) untuk mendapatkan bantuan tentang perinternya yang telah rosak.
Pelanggan : Encik, printer saya tidak berfungsi.
HPSC : Apa masalahnya encik.
Pelanggan : Kerana mouse telah tersepit.
HPSC : Tapi apa kena-mengena printer dengan mouse tersepit.
Pelanggan : Susah nak diterangkan.
HPSC :Yela,sebab mouse gan printer kan berbeza.
Pelanggan :La,bukan mouse tu la....tikus....tikus faham tak....
HPSC :Hmm..takut tikus la 2...
Tikus yang kecil macam 2 pun takut,tengok kucing kalau jumpa tikus kejar beb.....huhu...
Apa-apapun kita adalah mahluk ALLAH s.w.t ,yang perlu kita takut hanya ALLAH sahaja.
Labels: Lucu/Teladan